VIDEO JALA EMAS

Monday, June 11, 2018

ALHAMDULILLAH JALA EMAS YANG DI PESAN PELANGGAN DI BANGI TELAH SAMPAI

Alhamdulillah jala emas yang di pesan pelanggan dari bagi telah selamat sampai ke rumah di Bangi.

Setiap pesanan jala emas , saya akan buat fresh dan pos menggunakan pos laju.

Pelanggan boleh kesan perjalanan jala emas yang di pos laju dengan semak di sistem tracking pos laju. Nak track pesanan jala emas kita cuma masukkan kod pos yang akan saya berikan melalui whatsapp dan boleh kesan di laman web sistem tracking pos laju kat sini  klik > WEB TRACKING POS LAJU 

Jala emas di pesan Puan Anida di pos..

di kesan perjalanan bungkusan dan telah selamat di terima dalam keadaan baik..
.
Jala emas disahkan diterima oleh Puan Anida..
di maklumkan melalui whatsapp..Alhamdulillah

Buat masa ini pesanan jala emas saya tutup buat sementara sehingga 26hb Jun 2018 kerana saya pun bercuti balik raya di kampung.

Jika minat nak dapatkan jala emas pesanan boleh dibuat selepas 26hb Jun 2018.. insya Allah.

Saya ucapan selamat hari raya puasa untuk semua pelanggan, maaf zahir batin..




Saturday, June 2, 2018

ALHAMDULILLAH TERIMA TEMPAHAN 10 PEK JALA EMAS

Alhamdulillah ada yang dah tempat jala emas ini, saya buat fresh dan hantar terus kerumah di  Ara Damansara .
.
Jala emas ini biasa saya buat fresh..biasanya jika ada oder baru saya pergi beli telur  waktu petang dan esok pagi saya buat dan petang baru saya hantar jala emas ini.

Jala emas saya buat fresh bagi menjamin mutu dan kesegarannya kerana biasa nya jala emas yang lama ia akan jadi keras kerana jala emas di masak dalam air gula, bila masa berlalu lama maka gula ini akan berhablur seterusnya jala emas jadi keras.

Oleh itu bagi menjamin kualiti dan kesegaran jala emas ini saya buat fresh.

Inilah pelanggan yang oder 10 pek jala emas
(wajah di blurr untuk privasi)

Jika ada sapa2 nak selit oder  masih boleh lagi..