.
Jala emas ini biasa saya buat fresh..biasanya jika ada oder baru saya pergi beli telur waktu petang dan esok pagi saya buat dan petang baru saya hantar jala emas ini.
Jala emas saya buat fresh bagi menjamin mutu dan kesegarannya kerana biasa nya jala emas yang lama ia akan jadi keras kerana jala emas di masak dalam air gula, bila masa berlalu lama maka gula ini akan berhablur seterusnya jala emas jadi keras.
Oleh itu bagi menjamin kualiti dan kesegaran jala emas ini saya buat fresh.
Inilah pelanggan yang oder 10 pek jala emas
(wajah di blurr untuk privasi)
Jika ada sapa2 nak selit oder masih boleh lagi..


No comments:
Post a Comment